Aku bincangkan serba-sedikit cara-cara utk masuk lelong. Untuk beginners, ini pun dah kira banyak. Untuk yang dah otai... ajarlah aku yang baru setahun jagung nie.. hehehe (apa-pun ilmu amat penting untuk membuat pelaburan yang bermanfaat).

Prosedur kat bawah nie aku develop dalam proposal aku kepada satu institusi... tutttttttttttt...

Maklumat Hartanah Lelong

Maklumat untuk hartanah lelong boleh diperolehi melalui pelbagai cara, seperti:-
  1. Iklan lelongan awam di akhbar-akhbar harian utama, seperti harian metro, berita harian, utusan Malaysia, the star dan nstp.
  2. Website pelelong
  3. Website bank
  4. Blog hartanah seperti tuanbri.blogspot, hotauctionproperty.blogspot
  5. Facebook rumah lelong
  6. Penyedia data hartanah lelong berbayar seperti auctiondata.com, auctionetwork.com.my
  7. Rangkaian kenalan dari agen lelong, pihak bank dan peguam.
 Penyedia Data Lelongan Berbayar
Daripada semua sumber di atas, maklumat lengkap data lelongan adalah dengan menggunakan khidmat penyedia data lelongan berbayar daripada auctiondata.com ataupun auctionetwork.com.my.
Maklumat hartanah lelong ini dikemas-kini setiap hari, dan pelanggannya boleh mengakses data pada setiap masa.

Prosedur pembelian rumah lelong
1. Sebelum Lelongan

  1. Mendapatkan dan memahami perisytiharan lelongan dan dokumen jualan lelongan daripada pelelong ataupun syarikat peguam yang dilantik oleh bank.
  2. Melakukan lawatan ke rumah lelong, membuat tinjauan kemudahan yang ada di kawasan persekitaran dan menemuramah jiran-jiran.
  3. Menyemak status hartanah dengan pihak pemaju.
  4. Menyemak status tunggakan dengan pihak maintenance, TNB, Syabas, Indah Water dan pihak berkuasa tempatan.
  5. Melakukan carian hartanah di pejabat tanah dan galian yang terbabit.
  6. Mendapatkan nasihat daripada pihak peguam jika perlu.
  7. Menetapkan had siling harga bida.
  8. Menyediakan bayaran pendahuluan dalam bentuk draf bank untuk menyertai lelongan (5% atau 10% daripada harga hartanah)
 2. Ketika Lelongan
  1. Mendaftar awal – menyerahkan draf bank dan dokumen pengenalan kepada urusetia lelongan.
  2. Menjauhi mana-mana pihak yang ingin menawarkan wang atau meminta wang (ulat lelong)
  3. Membida sehingga had siling yang telah ditetapkan.
 3. Selepas Lelongan

  1. Sekiranya tidak berjaya – dapatkan kembali draf bank dan dokumen pengenalan.
  2. Sekiranya berjaya – tandatangan dokumen pembelian rumah lelong dan membayar kos stamping sebanyak RM 50 – RM 200.
  3. Melantik peguam untuk urusan penukaran hak-milik.
  4. Menjelaskan baki bayaran kepada pihak bank di dalam tempoh 90 hari hingga 120 hari dari tarikh lelongan.
  5. Membuat laporan polis – memaklumkan kita sebagai pihak yang telah berjaya di dalam lelongan dan tidak bertanggungjawab di atas sebarang barangan, peralatan atau aktiviti yang berlaku disebelum ini.
  6. Melakukan ubahsuai (sekiranya perlu)
  7. Membuat iklan rumah sewa, dan menyewakan rumah kepada penyewa yang terpilih.
  8. Menjual rumah selepas 12 bulan pada harga pasaran.

 
 


Comments




Leave a Reply

    Author

    Ahmad, bertugas sebagai Pengurus Kumpulan bersama GOLD REALTY (Ejen Hartanah Berdaftar E30758), dan Freelancer bersama Mega Auctions Services,  dan pengikut dan pengamal pelaburan hartanah lelong.

    Boleh dihubungi melalui handset 0192834359, talian tetap tel/fax 0391724439, e-mail dzarh@yahoo.com ataupun tinggalkan comment pada mana-mana entry

    Picture

    Archives

    February 2013
    February 2012
    January 2012
    August 2011
    May 2011
    December 2010
    November 2010
    October 2010
    September 2010
    August 2010
    July 2010

    Categories

    All
    Tanah Banting